Coretan Dariku



Assalamualaikum.
Hari ni saje je nak tulis. Tiba-tiba je teringat kat satu tazkirah ni. Tazkirah ni kawan bagi waktu kat surau aspuri. Tazkirah ni berkaitan dengan perancangan. Sesungguhnya manusia hanya mampu merancang sesuatu perkara itu. Tetapi Allah yang menentukan semuanya. Sebab tulah kita kena terima segala ketentuan dari Allah. Janganlah kita suka merungut kerana sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang. Yakinlah bahawa setiap perkara itu pasti ada hikmah di sebaliknya. Ha, satu lagi. Contohnya, kami tahun ni nak ambil SPM. So, kami doalah " Ya Allah, Kau berilah kepadaku kejayaan dalam SPM dengan mendapat 11A+ ". Memang tulah yang kita doa supaya kita dapat kejayaan dalam SPM. Tapi, lebih baik kalau kita doa ' Ya Allah, jika mendapat 11A+ dalam SPM adalah yang terbaik buatku, maka kurniakanlah. Jika tidak Ya Allah, kurniakanlah yang lebih baik". Kita tak tahu, mungkin 11A+ tu bukan yang terbaik buat kita. Mana tahu kot2 nanti kita jadi sombong dengan kejayaan kita. Ataupun kita dapat tawaran bidang yang agak susah, kita pun terima je. Pastu gagal sebab rupanya -rupanya kita tak mampu nak ambil bidang tu. Apa2 pun kita mestilah berusaha untuk berjaya. Kerana kejayaan takkan datang bergolek. Nilah serba sedikit tazkirah yang kami dapat dari kawan kami. Tazkirah ni khas untuk semua dan untuk kami juga. Kita hidup ni kena sentiasa ingat dan mengingatkan orang lain. Kalau ada komen, dipersilakan. Semoga hidup Kita sentiasa dirahmati Allah.
Wassalam.

"Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati-hati kami untuk sentiasa dalam agamaMu dan ketaatanMu". AMEEN

Comments

Popular posts from this blog

Berita Baru